Napa Kek Yang Saya Buat Selalu Tidak Menjadi????

Untuk membuat kek, bahan-bahan asasnya ialah gula, tepung, telur, lelemak... kepelbagaian boleh dicapai dengan menukar rasa, tekstur, rupa dan bentuknya untuk mendapatkan hasil kek yang baik. Berikut Chef Wan telah menurunkan beberapa petua penting dalam seni menyediakan kek.
Semua bahan hendaklah berada pada suhu bilik melainkan jika resipi itu memerlukan bahan berkenaan sejuk, contohnya mentega. Jika terus digunakan dan peti sejuk, apabila dipukul mentega bersama gula dan telur, ia lambat mengembang apatah lagi menjadi gebu. Apabila dibakar dan dipukul sedang adunan belum cukup kembang, kek itu akan bantat dan tidak lembut. Begitu juga telur. Pukul satu-persatu supaya setiap kali dipukul udara dimasukkan. Ini menggebukan lagi kek itu.

Fahamilah fungsi ketuhar anda sebab setiap ketuhar berfungsi secara berlainan. Bergantung berapa umur ketuhar, sama ada sudah uzur ataupun baru dibeli, waktu memanaskannya juga penting sebelum kek itu dibakar. Pastikan selalu memanaskan ketuhar dahulu. Jangan ketika hendak membakar kek baru hendak dihidupkan ketuhar. Selalunya 15 minit memanaskannya sudah mencukupi.

Apabila membakar kek, letakkan ia di tengah-tengah ketuhar, melainkan resipi menyatakan sebaliknya.
1) Jangan memukul terlalu lama apabila memasukkan tepung ke dalam adunan mentega, adunkan tepung hingga ia sebati sahaja.
2) Memukul terlalu lama akan menarik struktur gluten pada tepinya dan menyebabkan kek keras.
3) Untuk mendapatkan kek ringan dan gebu, mentega perlu dipukul sampai berkrim.
Semua petua ini adalah hasil pengalaman selebriti chef terkemuka, Chef Wan.

p/s: Artikle diatas dicopy paste from http://rizziesbakeryhouse.blogspot.com

posted under |

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

My Blog List

  • Rolls Royce Owners Club Nsw - Rolls Royce Owner S Club Victoria Branch Rolls Royce Owners Club Nsw Home Facebook Glove Box Service Directory Keep It Handy Rolls Royce Chinese Drivin...
    5 years ago
  • - PENGUMUMAN... Sila lawati laman facebook saya *Piannita* ... Segala produk terkini akan dimasukkan ke dalam FB saya..maaf atas segala kesulitan..
    11 years ago

About Me

My photo
Menetap di Bandar Bharu,Kedah dan bekerja di Permatang Pauh, Penang..dan sangat mencintai bidang bakery...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Thanks...

Nak Sembang Ngan Saya???

Waktu Solat

Jom Sembang

Followers


Recent Comments