~Kedai Menjual Bahan Bakeri (Pulau Pinang & Kedah)~

[ PULAU PINANG ]
Sim Company Sdn Bhd 193 & 195,Lebuh Carnavon, 10100 Pulau Pinang. Tel : 04 261 0522 Faks : 04 261 0833 BIC (Butterworth Ice Cream Supply Sdn Bhd) 4970,Bagan Ajam, 13000 Butterworth, Pulau Pinang. Tel : 04 333 4841 / 04 331 7619
Honey Food Industries Shophouse Taman Cenderawasih, 14300 Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Main office No 4983,Ground Floor, Jalan Sungai Nyior, Taman Mewah, 12100 Butterworth, Pulau Pinang.
Tel : 04 324 7149 / 04 323 764
Chop Hock Huat 64 G Kimberley Street, 10100 Pulau Pinang. Tel : 04 261 1967 GA Baker Paradise 26 Jalan Penaga [Jelutong Market] 11600,Jelutong, Pulau Pinang.
Tel : 04 659 0477 Hse: 04 655 2579
GA Baker Paradise Store 18, Batu Lancang Market, 11600,Pulau Pinang.
Tel : 012 431 0049.
Best Bake Trading Ground Floor 12,Sri Relau Complex, Pesiaran Bukit Jambul 1, 11900 Pulau Pinang.
Tel : 04 643 7986
Demeters Choice Trading 598-H, Jalan Jelutong, 11600 Pulau Pinang.
Tel : 04 657 6288
Bake With Sunshine Trading 63,Siam Road, 10400 Pulau Pinang.
Tel : 04 229 8701 Faks : 04 227 2328
Blueberry 42-G,Lebuh Keranji, Taman Mutiara, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Tel : 04 530 2219
Pure Bakery & Confectionary Supply 3001,Jalan Berjaya, Taman Sri Maju.
Tel : 04 538 9373
Eazy Bake 118,Jalan Kota Permai, Tmn Kota Permai, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Tel : 04 508 6628 / 04 508 7628
[ KEDAH ]
Honey Food Industries [Kedah] S.B 168 Jalan PSK Utama, Pekan Simpang Kuala, Alor Setar, 05400 Kedah Darul Aman. Tel : 04 772 0098
Sayang Cake Ingredients Mart 1903,Jalan Stadium, 05100 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Tel : 04 730 0225 H/P : 012 492 5855 [Mr Heng]
Sweet Berry Enterprise 287-B2,Jalan Tunku Ibrahim, 09000 Kulim, Kedah Darul Aman.
Tel : 04 495 7837 H/P : 012 555 1621 [Mrs Gan]
Cook With Shuk 2024 Ceruk Lincai, Mukim Kedawang, Langkawi.
Tel : 04 955 2657
Sunshine Bakery And Ingredient Supply No 94,Ind.Ringan, Lorong Semarak 2, Tmn Semarak, 09000 Kulim, Kedah Darul Aman.
Tel/Faks : 04 495 5439 H/P : 012 434 8533 / 017 467 9084 ZS
Cake House 74,Jalan Haiban 1, Taman Sri Haiban, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman.
Sayang - Pembekal bahan-bahan bakeri 279, Lorong Keranji, Taman Keranji 2, 09000 Kulim, Kedah Darul Aman.
Tel/Fax: 04 490 3101
Apple One Stop Enterprise 28,Lorong Semarak 2, T.Semarak, 09000 Kulim.
Tel : 04 490 9710
CSB Food Trading 92,Susuran Tandop, Kawasan Perusahaan Tandop, 05050 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Tel/HP : 012 471 7219
[Tempahan Edible Image]
(Kuala Lumpur)
http://eleafrost.blogspot.com/
Kak Lea
(Kulim)
Kak Anna Bakeryna
012-4220061
bakeryna@gmail.com

p/s : Senarai ni kite copy paste dari blog mama herda bake-with-love..minta halalkan yer..tq.

posted under | 3 Comments

Baking Glosary

All Purpose Flour (Tepung gandum serbaguna) - Tepung gandum protin sederhana yang sesuai untuk membuat pelbagai jenis masakanseperti kuih-muih, kek dan sebagainya.

Batter - Adunan tepung yang telah dicampur air atau susu.Ia berbentuk cecair.

Bake (bakar) -Memasak makanan mentah dalam ketuhar menggunakan haba kering.

Baking Powder (serbuk penaik) - agen penaik yang digunakan untuk membuat kek,biskut, roti dan lain-lain.Double action baking powder bertindak 2 kali lebih kuasa dan sesuai untuk produk kukus supaya naik dengan lebih cantik.Sesuai juga untuk produk bakar.

Baking Soda (soda bikarbonat) - adalah sejenis kimia beralkali yang digunakan untuk membuat kek atau kuih yang berasid sepertikek pisang, kek lobak ,buah-buahan, koko, madu , gula hangus dll.Iamenutralkan asid dan menjadikan kek ringan dan kembang.

Bain-Marie - Juga disebut Water Bath @ Steam Bath. Kita meletakkan satu dulang berisi air dibawah tin kek.Kedua-duanya dimasukkan sekali ke dalam ketuhar. Dengan cara ini,kek masak perlahan dari haba air dan tidak berkerak. Sesuai untuk memasak kastad dan kek keju.

Bread Improver - Bahan pembaik doh yang menjadikan roti tahan lama,lembut dan sedap.Bread Softener - Bahan serbuk putih yang memberi lebih kelembutan pada kek. Untuk roti komersil, kedua-dua bahan ini dimasukkan dalam adunan roti.

Buttercream (krim mentega) - Sejenis krim dimana mentega dipukul bersama gula aising atau sirap gula hingga menjadi ringan dan gebu. Kemudian ia digunakan untuk menyalut kek.

Buttermilk (susu masam) - Jarang didapati di pasaran tempatan.Buttermilk dibuat dari susu segar yang dipanaskan dan dicampurkan 1 sudu teh cuka atau jus lemon. Kacau dan biarkan 5 minit hingga ia pekat seperti yogurt.

Chemical Leavening (bahan penaik kimia) - digunakan dalam industri bakeri untuk menghasilkan produk yang gebu, ringan dan naik dengan cantik. Bahan penaik ini terdiri dari soda bikarbonat, serbuk penaik dan serbuk krim tartar.

Cream of Tartar (serbuk krim tartar)- garam dari asid tartarik yang digunakan untuk menstabilkan putih telur yang telah dipukuldan juga digunakan sebagai bahan penaik dalam kek.

Coklat Couverture - Coklat semulajadi yang manis danbermutu tinggi. Ia tidak mengandungi lemak campuran.

Cooking chocolate (coklat masakan) - Coklat jenis inisering digunakan dalam indusri bakeri. Ia mudah beku pada suhu bilik dan sering digunakan untuk saduran biskut atau sebagai ganache pada kek.

Cupcakes (kek cawan) - Kek kecil yang diisi dalam cawan kertas dan dibakar dalam tin pembakar muffin. Adunan kek cawan boleh dibuat dari kek span, kek mentega atau muffin.

Creaming (mengkerim) - Proses memukul mentega dan gula hingga menjadi gebu dan putih . Kaedah ini dilakukan untuk membuat kekmentega.

Confectioners Sugar (gula aising) - gula paling halus seperti serbuk yang telah ditambah sedikit tepung jagung. Gula jenis ini sering digunakan untuk membuat krim mentega dan lain-lain jenis aising.

Chiffon Method (Kaedah Sifon) - Kaedah membuat kek dimana putih telur dan sebahagian gula dipukul hingga kental.Kemudian disatukan dengan bahan-bahan lain.

Coco Butter (mentega koko)- Lemak putih yang didapati dari coklat semulajadi dan digunakan untuk mengurangkan kepekatan coklat.

Double Boiler - Mencairkan coklat, mentega atau krim keju dengan menggunakan haba dari air yang panas. Caranya ialah panaskan air di dalam sebuah periuk atau kuali. Letakkan mangkuk atau periuk kecil berisi coklat diatasnya. Kacau hingga coklat cair.Decorating Tips - Sejenis alat[...]

posted under | 0 Comments

Baking Tips

Article ni kite ambil dr http://www.feedage.com/feeds/11029479/resipi-noraini..mohon halal kan yer...

1. Membersihkan Ketuhar
Selepas ketuhar digunakan biarkan ia sejuk. Selepas itu bersihkan ketuhar dari kotoran dan habuk yang melekat.Gunakan air sabun pencuci pinggan dan kain buruk.Lapkan kering-kering.

2. Lembutkan Mentega
Mentega atau krim keju hendaklah dikeluarkan 30 minit sebelum digunakan agar ia lembut dan mudah diputar.

3. Bersihkan Telur
Sebaik-baiknya, telur yang hendak digunakan dibersihkan dari kotoran agar tidak masuk dalam adunan kek. Keluarkan telur dari peti sejuk 1 jam sebelum digunakan.

4. Pilih tin pembakar yang bersesuaian
Gunakan tin pembakar jenis aluminium dan saiznya perlu sesuai dengan resepi. Boleh guna yang bulat, empatsegi dll.

5. Gris tin pembakar
Untuk kek berasaskan mentega, tin perlu digriskan dengan mentega atau majerin dan lapik kertas serap minyak. Gunakan berus pastri untuk
menyapunya.

6. Panaskan ketuhar
Sebelum membakar kek atau biskut, panaskan ketuhar kepada 180 darjah celcius selama 15 minit.

7. Tepung yang sesuai
Gunakan tepung yang paling sesuai dengan jenis masakan anda.Jika membuat kek gunakan tepung kek dan jika membuat roti pula gunakan tepung roti.

8. Ayak tepung
Kebanyakan resipi menghendaki kita mengayak tepung sebelum mengadun. Tujuannya untuk memasukkan seberapa banyak udara ke dalam tepung agar kek menjadi ringan dan gebu.

9. Sejukkan kek
Kek hendaklah disejukkan sebelum dipotong. Gunakan pisau tajam atau pisau bergerigi untuk memotong kek agar tidak berderai.

10. Potong kek buah
Sebelum memotong kek buah, sejukkan kek semalaman dalam peti sejuk agar ia keras. Kemudian potong dengan pisau bergerigi. Ini untukelakkan buah terkeluar.

11. Simpan kek
Untuk menyimpan kek agar tahan lama, balut dengan kertas aluminium ,
masukkan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Kek span dan mentega tahan 1 minggu. Kek lapis tahan satu bulan.

posted under | 0 Comments

Resepi Chesse Cake 1

Cheese Cake

Bahan-bahan ( 18 inci )
•250g cream cheese
•200cc fresh cream/plain yogurt
•2 sudu besar jus lemon
•3 sudu besar tepung
•2 biji telur
•90g gula
Cara-cara
1. Panaskan oven 170 degree
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.

5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap

posted under | 0 Comments

Napa Kek Yang Saya Buat Selalu Tidak Menjadi????

Untuk membuat kek, bahan-bahan asasnya ialah gula, tepung, telur, lelemak... kepelbagaian boleh dicapai dengan menukar rasa, tekstur, rupa dan bentuknya untuk mendapatkan hasil kek yang baik. Berikut Chef Wan telah menurunkan beberapa petua penting dalam seni menyediakan kek.
Semua bahan hendaklah berada pada suhu bilik melainkan jika resipi itu memerlukan bahan berkenaan sejuk, contohnya mentega. Jika terus digunakan dan peti sejuk, apabila dipukul mentega bersama gula dan telur, ia lambat mengembang apatah lagi menjadi gebu. Apabila dibakar dan dipukul sedang adunan belum cukup kembang, kek itu akan bantat dan tidak lembut. Begitu juga telur. Pukul satu-persatu supaya setiap kali dipukul udara dimasukkan. Ini menggebukan lagi kek itu.

Fahamilah fungsi ketuhar anda sebab setiap ketuhar berfungsi secara berlainan. Bergantung berapa umur ketuhar, sama ada sudah uzur ataupun baru dibeli, waktu memanaskannya juga penting sebelum kek itu dibakar. Pastikan selalu memanaskan ketuhar dahulu. Jangan ketika hendak membakar kek baru hendak dihidupkan ketuhar. Selalunya 15 minit memanaskannya sudah mencukupi.

Apabila membakar kek, letakkan ia di tengah-tengah ketuhar, melainkan resipi menyatakan sebaliknya.
1) Jangan memukul terlalu lama apabila memasukkan tepung ke dalam adunan mentega, adunkan tepung hingga ia sebati sahaja.
2) Memukul terlalu lama akan menarik struktur gluten pada tepinya dan menyebabkan kek keras.
3) Untuk mendapatkan kek ringan dan gebu, mentega perlu dipukul sampai berkrim.
Semua petua ini adalah hasil pengalaman selebriti chef terkemuka, Chef Wan.

p/s: Artikle diatas dicopy paste from http://rizziesbakeryhouse.blogspot.com

posted under | 0 Comments

Tahukah anda gambar2 dibawah..BOLEH DIMAKAN????

Percayakah anda gambar2 pelik dibawah adalah sejenis makanan yang dinamakan KEK...
Ermmm..kreatifnya si pembuatnyer kan...
Sanggupkah kite nk jamah baby ni...so real...

Ni lak ape yer..rasa2nyer anda leh teka tak..organ dalaman kita ker ni...

Ni lak..ermmm..sindri mau ingat...

Wujudkah makluk ni...jawapanya, hanya rekaan semata2..tiada kaitan ngan yg hidup or mati tau..

Ada dua jenis manusia yang takkan jamah kek di bawah ni...

1) Anda PENCINTA HAIWAN

2) Anda PENGELI HAIWAN (hehe..wujud ker perkataan ni...)

posted under | 0 Comments

Kek Perisa Chili...Emmm..Sedapkah...

Hari ni start nak buat blog yang mana kite nak letakkan sume entri berkaitan kek @ resepi2 yang kite rasa sangat berpotensi yang kite amik dari blog/fp/ atau apa shj medium yang diguna kengkawan siber...

Actually kite memang involve dlm hal2 berkaitan kek ni, coz kite memang minat giler ngan bidang bakery ni...sekarang ni tgh bertatih2 nak mendalami dan mempelajari hal2 berkaitan bakery...hakikatnya masih jauh lagi nak capai apa yang yang diingini dalam bidang ni...

Guru pertama saya ialah inasally..beliau adalah sifu pertama yang banyak membantu saya mengenal tentang kek dan ganache..yang penting sifu kite ni memang tak lokek menjawab kalau kite ada ape2 masalah berkaitan kek...tq lina..

Guru Kedua ialah Kak Zarina dari PG CAKE CRAFT...dengan akak ni saya mempelajari fondant yang dihasilkan menggunakan coklat...so kreatif cikgu kite ni...dia jugak banyak memiliki sijil2 berkaitan bakery ni..antaranya Cert. in Pastri n Cakes, Cert. in Wilton Method of Cakes Decorating n etc...juga tq kak Zarina yer..

Guru Ketiga kite..kak linda dari Kaori Kek...akak ni salah satu idola kite..nak tau nape??? sebab nyer dier pun sama gak ngan kite, buat kek ni partime jer, disamping menguruskan kerja2 hakiki di pejabat...tapi minat punyer pasal, sanggup menggunakan masa untuk berehat selepas bekerja dgn buat kek...lagi lak..kalau kek yang kita buat tu..MENJADI...alhamdulillah...

Mesti ada yang tertanya2..napa kite tak concentrate 1 cikgu jer..jawapanya mudah jer..kita kalau boleh dan selagi boleh nak meramaikan lagi bilangan cikgu kite tau..lagi byk lagi bagus... coz setiap org,lain caranya...ni la caranya nak mempelbagai atau memvariasikan method atau skill yang kite ada..ni fahaman saya ler, tak tau ler kengkawan siber yang len...

p/s:
1) Mohon kebenaran kengkawan siber sume yer...Halalkan apa shj entri or gambar yang kita ambil dari kengkawan tau...tq...
2) ni blog kite...
http://aizaphbakerychocolate.blogspot.com
&
http://aizaphguesthouse.blogspot.com

posted under | 0 Comments
Newer Posts Home

My Blog List

About Me

My photo
Menetap di Bandar Bharu,Kedah dan bekerja di Permatang Pauh, Penang..dan sangat mencintai bidang bakery...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Thanks...

Nak Sembang Ngan Saya???

Waktu Solat

Jom Sembang

Followers


Recent Comments