Non Baked CheeseCake Ala Secret Resepi

Resepi Oreo Cheese Cake Chiller

CHILLED OREO CHEESECAKE (ALA-ALA SECRET RECIPE)
Sumber: Smile (FRD)

Bahan-Bahan
200 gm Oreo (buangkan krimnya)-hancurkan
60 gm mentega (dicairkan)
1 biji lemon (diambil jusnya)
500 gm krim keju (creamcheese)
65 gm mentega (pada suhu bilik)
100 gm gula halus
2 sudu besar gelatine
300 ml whipping cream
100 gm biskut Oreo - dipotong 4

CARA
1. Gaulkan 60gm butter bersama 200gm biskut Oreo tadi dan bubuh ke dalam loyang kek keju (bulat) lalu tekan hingga mampat. Masukkan ke dalam peti sejuk.
2. Pukul whip cream sehingga pekat dan ketepikan.
3. Pukul krim keju bersama 65gm butter dan gula sehingga kembang dan putih.
4. Campurkan jus lemon dgn gelatine dan panaskan dlm microwave oven lalu kacau hingga gelatine larut.
5. Masukkan whip cream ke dalam mixture krim keju tadi (3) dan bubuh gelatine dan biskut Oreo. Gaul sehingga rata.
6. Sejukkan dalam peti sejuk selama 4-5 jam.

posted under , |

4 comments:

Puan El said...

kak.....mmg sedap kak! tp saya terlebih lemon smpai diorg suka sbb rs mcm yogurt and xmuak nk mkn....saya lebihkan cookies. not bad! thumbs up utk akak....

Nita said...

ya ka..alhamdulillah kalau memenuhi citarasa..apa salahnya kita sama2 berkongsi..

Zuhaira Hamdi said...

nak tnya, gelatin blh ganti dgn apa ya

NINA FARHANA said...

Sedapnyaaa.. esk nk buat untuk jamuann harap2 menjadi lerr hiks. Tq sudi share resepi 😊

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

My Blog List

About Me

My photo
Menetap di Bandar Bharu,Kedah dan bekerja di Permatang Pauh, Penang..dan sangat mencintai bidang bakery...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Thanks...

Nak Sembang Ngan Saya???

Waktu Solat

Jom Sembang

Followers


Recent Comments